'Lebih baik pecat daripada gantung saya', respons Noh Omar lepas ditunjuk 'jalan keluar' oleh Umno


  • Politik
  • Jumaat, 27 Jan 2023

Noh Omar antara yang dipecat oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno.

"LEBIH baik pecat saya daripada gantung saya."

Demikin luah bekas Ketua Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar apabila beliau diberitahu keputusan parti menggantungnya selama enam tahun pada Jumaat.

“Malam ini amat bersejarah bagi saya.

“Presiden parti (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dalam ucapannya pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mengumumkan bahawa beberapa ahli akan dipecat dan digantung tugas.

"Tiba-tiba, saya mendengar nama saya diumumkan bahawa saya akan digantung selama enam tahun," katanya kepada pemberita selepas meninggalkan mesyuarat majlis tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Menara Datuk Onn di ibu negara pada Jumaat.

Noh mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh presiden parti itu kerana beliau masih belum dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

“Dia (Ahmad Zahid) suruh saya jumpa lembaga disiplin Isnin ini.

"Apa jenis undang-undang ini?" kata Noh yang kelihatan terketar-ketar selepas keluar dari mesyuarat itu.

Noh berkata, dia kemudian meminta untuk dipecat, yang mana diterima oleh Ahmad Zahid.

“Dia terima cadangan saya.

"Jika saya tidak dipecat, saya tidak akan berada di sini untuk bercakap kepada media," tambahnya.

Pada Khamis, Ahmad Zahid berkata, bahawa parti itu akan melakukan "pembersihan besar-besaran", termasuk "pensabotaj" dan mereka yang "menembak kaki sendiri".

Terdahulu, pemimpin Umno mula tiba untuk majlis tertinggi parti yang dinanti-nantikan di Menara Onn pada Jumaat malam.

Pertemuan itu diperhatikan dengan teliti oleh pemerhati politik di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat bahawa tindakan tatatertib akan diambil terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hampir 50 pemimpin Umno sama ada dipecat atau digantung kerana menentang parti termasuk bertanding sebagai calon bebas semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno itu dalam satu kenyataan mengesahkan, Khairy dan Noh Omar adalah antara yang dipecat, berikutan keputusan yang diambil oleh mesyuarat majlis tertinggi pada Jumaat.

Katanya, Umno turut menggantung Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram