Pihak berkuasa pintas bungkusan berisi 4 tengkorak manusia


  • Benua
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Empat tengkorak yang ditemui dalam bungkusan. — Twitter

EMPAT tengkorak ditemukan dalam pakej bungkusan oleh pihak berkuasa Mexico dalam pemeriksaan di lapangan terbang Queretaro, Mexico City pada Jumaat.

Guardia Nacional pada Jumaat memaklumkan empat tengkorak itu dibalut dengan kertas aluminium dan plastik sebelum diletakkan di dalam sebuah kotak kurier di lapangan terbang itu, lapor Reuters.

Empat tengkorak itu dipercayai dikirim dari Apatzingan, Michoacan dan dialamatkan ke bandar Manning, Carolina Selatan Amerika Syarikat, menurut Guardia Nacional dalam satu kenyataan.

Pasukan itu menjelaskan bahawa pengirim tidak memiliki permit yang sesuai untuk mengeksport tengkorak manusia.

Siasatan berhubung perkara berkenaan akan dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram