TULAR sebuah video memaparkan wanita hamil lapan bulan serta keluarganya dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan samseng di kampung Diravati daerah Jalaun di Uttar Pradesh, India baru-baru ini.
Polis Uttar Pradesh masih lagi menjalankan siasatan lebih lanjut untuk mengetahui situasi sebenar kejadian tersebut dan berjanji akan mengheret persalah ke muka pengadilan.
Salah seorang mangsa, Sandeep mendakwa bahawa dia berada di rumahnya pada lewat petang ketika tiga samseng bernama Ravindra, Manmohan dan Aadesh dari kampung yang sama datang ke rumahnya dengan membawa sebatang kayu.
Aadesh mula memukul keluarga Sandeep sambil bertanya tentang seorang lelaki bernama Manjesh.
“Aadesh mula memukul bapa dan bapa saudara saya. Apabila ini berlaku, isteri saya yang hamil lapan bulan, Upasana, cuba melarikan diri.
"Samseng itu tidak langsung rasa bertimbang-rasa malah turut memukul isteri saya dan mengoyakkan pakaiannya.
“Mereka kemudian mengheret kami ke luar rumah, selepas itu penduduk kampung menyelamatkan kami daripada mereka,” kata Sandeep.
Mangsa memberitahu polis bahawa samseng tersebut memiliki rekod membelasah penduduk kampung beberapa kali sebelum ini.
Suspek-supek turut memiliki rekod jenayah atas kesalahan menyimpan senjata haram di rumah mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram