Lupa kunci palang, 5 termasuk 4 budak tercampak keluar 'Craz Wave'


  • Benua
  • Isnin, 21 Nov 2022

Tangkap layar rakaman tular kejadian mangsa tercampak keluar permainan 'ride' ekstrem di Krabi baru-baru ini. — Agensi

SEKUMPULAN pengunjung sebuah taman tema yang menaiki permainan 'Craz Wave' berdepan detik cemas selepas palang keselamatan permainan itu tercabut.

Kejadian mencemaskan itu mengakibatkan lima orang mangsa termasuk empat remaja cedera.

Dalam rakaman itu, kelihatan beberapa orang yang pengunjung tercampak dari tempat duduk selepas palang keselamatan tercabut.

Berdasarkan laporan, pemilik taman tema meletakkan kesalahan kepada kakitangannya dengan mengatakan mereka tidak mengunci palang keselamatan pada salah satu gerabak permainan.

Kejadian dipercayai berlaku di Krabi, Thailand pada 18 November lalu.

Memetik laporan Shiksha News, anggota kecemasan menerima makluman berhubung kejadian di Pesta Makanan Ban Nam Chan di Krabi.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Krabi. Mereka terdiri daripada remaja berumur antara 12 hingga 15 tahun, dan seorang wanita berusia 34 tahun, dikenali sebagai Kiritiyavadee Chaichana.

Siasatan menunjukkan bahawa permainan 'ride' ekstrem itu dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, kemalangan itu dipercayai berlaku berikutan kecuaian kakitangan yang terlupa mengunci palang keselamatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram