[VIDEO] Tertekan putus cinta, remaja lelaki buat 'live' luah perasaan dari balkoni tingkat 24 bangunan


  • Benua
  • Jumaat, 18 Nov 2022

Tangkap layar video mangsa membuat siaran langsung di media sosial sebelum melompat dari balkoni apartment itu.

SELEPAS bergaduh dan putus cinta dengan kekasihnya, seorang remaja berusia 16 tahun mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat 24 sebuah apartment di Krasnodar, Rusia, lapor Evening Mail.

Lebih teruk lagi, kelakuan itu dilakukan di hadapan rakan dan ahli keluarganya selepas bertindak menyiarkannya secara langsung menerusi platform media sosial.

Sebelum terjun, remaja yang dikenali sebagai Ian, sempat memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kawan-kawannya dan mengakui bahawa dia sudah kehilangan segala-galanya.

Ibunya, Jennifer amat terkejut mendapat perkhabaran bahawa anaknya telah meninggal dunia kerana terjun bangunan kerana Ian merupakan anak yang pandai dan pendiam.

"Saya tidak menyangka anak saya akan bertindak seperti ini hingga meragut nyawanya sendiri.

"Dia anak yang baik dan dengar kata, pelajaran juga bagus. Ian memang jenis yang pendiam" kata Jennifer.

Menurut Gazeta.ru, beberapa hari sebelum kejadian, seorang gadis berusia 15 tahun meninggalkan mangsa kerana dipercayai curang dengannya.

Namun, mangsa cuba berbaik-baik dengan bekas kekasihnya, tetapi dia tidak dapat memaafkan perbuatan pasangannya itu.

Kemudian mangsa mengambil telefon bimbit dan membuat siaran langsung di media sosial dan melompat dari balkoni apartment terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram