[VIDEO] 'Tuhan bayar cash!’, Wanita tergolek atas jalan lepas tendang penunggang motor


  • Benua
  • Selasa, 08 Nov 2022

Tangkap layar aksi wanita itu menendang penunggang motosikal terbabit sebelum terjatuh.

SETIAP kali seseorang manusia itu cuba untuk melakukan sesuatu yang jahat kepada orang lain, sentiasa ada balasan yang akan diterima kelak.

Kejahatan yang akan kembali kepada seseorang individu itu turut digelar sebagai karma.

Tular satu video menunjukkan seorang wanita terjatuh dari motosikal ketika cuba menendang seorang lelaki yang menunggang basikal di sebelahnya.

Di permulaan video, seorang lelaki dan wanita dilihat menunggang basikal merah jambu manakala seorang lagi penunggang berada di sebelah mereka.

Wanita itu kemudiannya terus menendang penunggang tersebut tetapi hilang keseimbangan sehingga mengakibatkan dia terjatuh di atas jalan.

Video itu dikongsi di aplikasi Reddit dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menontonnya.

Rata-ratanya memberi komen bahawa perbuatan wanita itu merupakan karma kerana berbuat jahat kepada pemuda berkenaan.

Ramai pengguna mengulas tentang karma memberinya kembali "Karma segera," kata seorang pengguna.

"Hahaha.. dapat apa yang dia patut dapat," kata seorang lagi.

"Beg itu menyelamatkannya," kata pengguna lain.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak dapat dipastikan lokasinya.

Kecederaan yang dialami wanita itu juga tidak diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram