[VIDEO] Pelajar kolej merayu minta maaf, kena tibai dengan kayu, papan seterika dalam hostel


  • Benua
  • Ahad, 06 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan empat lelaki membuli seorang penuntut di dalam sebuah bilik asrama di India.

TULAR sebuah video memaparkan insiden buli membabitkan beberapa penuntut kolej di Andhra Pradesh, India pada Sabtu.

Video berdurasi 59 saat itu tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dengan baju yang koyak dipercayai menjadi mangsa buli empat penuntut lelaki di sebuah bilik asrama.

Mangsa yang dikenali sebagai Ankit itu juga merayu dan memohon maaf terhadap empat lelaki lain itu supaya tidak dipukul dengan sebatang kayu, namun tidak dihiraukan.

Difahamkan, mangsa turut dipukul menggunakan seterika dan sebatang paip dalam insiden tersebut.

Akibat kejadian, mangsa dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada badan, dada dan tangan.

Susulan kejadian, pengetua kolej berkenaan telah dipanggil untuk dipanggil keterangan manakala empat penuntut yang disyaki suspek utama juga ditahan untuk siasatan lanjut.

Setakat ini punca kejadian masih belum diketahui dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, buli, india, penuntut, kolej, cedera parah, kayu, bilik, asrama