[VIDEO] YB bikin panas, lempang wanita sampai terduduk depan orang ramai


  • Benua
  • Selasa, 25 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang menteri bertindak menampar wanita yang bertindak memprotes hak tanah miliknya di India pada Ahad lepas.

SEORANG wanita ditampar menteri dalam satu majlis pemberian hak milik tanah yang berlaku di Karnataka, India, pada Ahad.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Karnataka, V Somanna, sebelum itu berada di kampung Hangala dalam majlis pengagihan hak milik tanah dikatakan berang apabila seorang wanita mengamuk kerana tidak mendapat haknya.

Menteri itu kemudiannya terus menampar wanita sehingga menyebabkannya terduduk. Walaupun diserang, wanita tersebut segera meminta maaf dengan melutut kepadanya.

Bagaimanapun, Somanna dilaporkan mengeluarkan permohonan maaf selepas kejadian itu.

Pemimpin Kongres Randeep Singh, Surjewala, mengeluarkan kenyataan: "Adakah ini cara seorang menteri melindungi dan memberi keselamatan kepada wanita India?" Beliau turut mendesak Perdana Menteri supaya Somanna diberi hukuman atau dipecat.

Ini bukan kali pertama Menteri BJP dilihat melakukan keganasan. Pada Disember 2021, salah seorang menteri BJP berkasar dengan seorang petani di tempat awam.

Pada September lepas, seorang menteri turut dirakam mengugut dan melakukan kekerasan terhadap seorang wanita yang memprotes pencerobohan terhadap hartanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tampar, menteri, India, wanita ditampar, keganasan