[VIDEO] Dua beradik maut, pokok tumbang hempap lori pikap


  • Benua
  • Selasa, 25 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan keadaan lori pikap selepas dihempap sebatang pokok di Indonesia.

DUA maut dalam kejadian pokok tumbang yang melibatkan sebuah lori pikap di Jawa Timur, Indonesia, pada Jumaat petang.

Rakaman video tersebut tular di media sosial yang dikongsikan oleh Radar Kudus dengan tontonan sebanyak 13.8 juta.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 4.46 petang berikutan hujan lebat serta angin kuat.

Menurut saksi, lori pikap itu dipandu laju dari arah Blitar menuju Malang. Secara tiba-tiba, sebuah pokok yang berdiameter 70 sentimeteri (cm) berada betul-betul di tepi jalan itu tumbang dan menghempap lori tersebut.

Ketua Unit Polis Trafik melaporkan mangsa merupakan adik beradik, Agus Mansur (abang) dan Nadifatul Chuluq (adik). Mangsa mengalami luka parah di bahagian kepala akibat hentaman kuat dari kejadian tersebut.

Keadaan bumbung lori pikap yang rosak teruk itu menyebabkan proses pengeluaran mangsa mengambil masa yang lama. Pasukan penyelamat terpaksa membuka bumbung lori bagi mengeluarkan mangsa kejadian.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital Ngudi Waluyo. Agus dilaporkan maut di tempat kejadian dan Nadifatul meninggal dunia di hospital.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram