Aksi 'angkuh' Raja Charles III jadi perhatian dunia


  • Benua
  • Selasa, 13 Sep 2022

Raja Charles III kelihatan tidak senang sambil meminta meja berkenaan dikosongkan. — Twitter Laura Kuenssberg Translator

TINDAKAN raja baharu Britain, Raja Charles III yang dilihat meminta pembantu istana mengosongkan meja ketika ingin menandatangani beberapa dokumen penting menjadi bualan hangat warganet.

Menerusi video tular berkenaan, semasa upacara pertabalannya di Istana St. James pada Sabtu lalu, raja baharu itu dilihat seperti mementingkan kebersihan sehingga meminta pembantunya untuk membersihkan mejanya.

Insiden tersebut sempat dirakam dan meraih pelbagai reaksi daripada warganet.

"Pembantu harus bersihkan meja untuk raja. Jangan harap raja yang alihkan barangan," tulis pengulas BBC menerusi Twitternya, LauraKuenssberg.

Malah, ada juga yang menyifatkan tindakannya itu seolah-olah menunjukkan raja baharu itu adalah seorang yang angkuh.

“Saya tengok juga itu. Tiada senyuman, perkataan tolong atau terima kasih,” tulis pengguna Twitter, V.

“Mukanya itu. Riak wajah raja baharu ini nampak lebih marah dan menunjukkan reaksi menjengkelkan dalam video ini,” tulis Olaf Pijil.

Pada Sabtu lalu, monarki Britain menyaksikan era pemerintahan baharu apabila Raja Charles III ditabalkan sebagai pemerintah baharu bagi menggantikan Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun.

Selain mengabdikan diri untuk berkhidmat sepanjang hayat, Raja Charles III turut berikrar untuk menunjukkan contoh yang baik sama seperti yang dilakukan oleh bondanya ketika hayat mendiang sebagai pemerintah tertinggi monarki itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram