'Macam anjing dengan kucing,' gelandangan kaki lalok bergaduh di kaki lima


  • Benua
  • Isnin, 12 Sep 2022

Sekumpulan penagih dadah terlibat dalam satu pergaduhan di kaki lima. — Agensi

SEKUMPULAN penagih dadah yang merupakan gelandangan terlibat dalam satu pergaduhan di kaki lima sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Kejadian yang berlaku di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dipercayai berpunca daripada salah faham.

Insiden tersebut sempat dirakam seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan terbabit.

Untitled design (4)

Persekitaran kaki lima yang menjadi 'rumah' kepada penagih dadah.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang lelaki memakai kameja-T putih lengan panjang memukul seorang lagi gelandangan menggunakan sebatang penyapu.

Mangsa yang tidak berpakaian turut dilihat bergelut dengan seorang lelaki di lantai sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Namun tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Krisis penyalahgunaan dadah di AS menjadi isu hangat apabila hampir 1,700 individu meninggal dunia sejak awal 2020 di San Francisco.

Rakaman sekumpulan penagih dadah yang terlibat dalam pergaduhan.

Memandang serius terhadap masalah dadah di kawasan tersebut, Datuk Bandar San Francisco, London Breed, mengumumkan penjualan dadah secara terbuka dan terkawal akan dibatalkan pada akhir tahun ini.

Tindakan pemulihan itu dinamakan sebagai San Francisco Recovers.

"Rampasan dadah akan dilakukan manakala pegawai polis diminta memasang alat penjejak elektronik bagi mengesan lokasi mereka yang terlibat dalam program ini," kata Breed. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram