![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2022/09/12/1734723.jpeg)
SEORANG lelaki tua 'kantoi' melakukan onani di hadapan sebuah kedai makan di Sumbar, Indonesia pada Jumaat.
Menerusi video berdurasi 18 saat itu, lelaki berkenaan yang menunggang motosikal dilihat berhenti di sebuah kedai makan.
Namun, secara tiba-tiba, lelaki itu mengeluarkan alat kemaluannya dan melakukan onani.
Seorang wanita yang menyedari tindakan terkutuk itu kemudian membuat rakaman sebelum menyoal lelaki berkenaan.
"Sedang buat apa itu? Maksudnya apa itu, keluarkan apa itu?" kata perempuan itu sambil merakam lelaki tersebut.
Lelaki itu bagaimanapun masih mengeluarkan alat kemaluannya seperti tiada apa yang berlaku.
Tetapi, ketika wanita berkenaan mula rapat dengan lelaki itu, barulah dia bergegas pergi.
Warganet yang melihat video berkenaan turut menyatakan rasa geram terhadap tindakan lelaki itu yang membuka aibnya sendiri.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram