TULAR satu rakaman video di media sosial mengenai dakwaan palsu yang dibuat oleh anggota polis peronda terhadap seorang pengguna jalan raya pada Ahad.
Menerusi rakaman video berdurasi seminit, pemandu bercermin mata yang memakai baju berwarna hitam dilihat sedang bertengkar dan tidak berpuas hati dengan anggota polis terbabit.
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial di Facebook menunjukkan lelaki berkenaan mengamuk dipercayai kerana anggota polis itu membuat dakwaan palsu terhadapnya dan meminta wang suapan sebanyak RM150.
Selepas berulang kali pemandu itu mendesak agar memberi penjelasan, anggota polis itu bergegas masuk ke dalam kereta peronda berkenaan selepas dilihat gagal memenuhi permintaan lelaki itu.
Difahamkan kejadian berlaku di hadapan Pintu Tol Lebani Gresik, Jawa Timur, Indonesia.
"Masih nak cari duit tepi ya, sedangkan bayaran gaji dah lumayan," kata Sudar0629.
"Bila kita boleh lihat anggota polis kita jadi macam negara lain yang anti rasuah dan tidak melakukan kekerasan terhadap masyarakat," jelas S.saputra415.
"Tangkap dan pecat sahaja anggota peronda macam ini, buat malu nama baik pihak polis," ujar Yusron393. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram