SEBUAH majlis tahlil seorang penduduk di kampung di Jalan Terogong 3, Cilandak Barat, Jakarta Selatan, Indonesia dikejutkan dengan kehadiran seorang tetamu tidak diundang.
Aksi tetamu tidak diundang itu merupakan seorang penunggang motosikal yang terbabas dan melanggar makanan pada majlis tahlil berkenaan.
Situasi itu sempat dirakam oleh salah seorang penduduk kampung dan tular di media sosial.
Dalam video tular yang dipetik dari laman detikcom pada Jumaat, video CCTV berdurasi 53 saat itu menunjukkan penduduk dalam keadaan berkumpul untuk menjamu makanan mereka.
Rakaman video aksi penunggang motosikal itu melanggar makanan majlis tahlil berkenaan.
Menerusi video itu menunjukkan ketika penduduk sedang menjamu selera, tiba-tiba seorang lelaki bermotor datang memecah masuk ke kawasan kediaman salah seorang penduduk kampung.
Secara berasingan, Polis Cilandak, Kompol Multazam menjelaskan, kejadian itu terjadi pada Selasa iaitu sekitar pukul 09.00 malam sewaktu penduduk sedang mengadakan majlis tahlil.
Multazam berkata, penunggang motosikal itu dalam keadaan mabuk.
“Pulang dalam keadaan mabuk bersama rakan kolejnya,” kata Multazam kepada wartawan pada Jumaat.
Multazam berkata, penunggang motosikal itu merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Jagakarsa.
Dilaporkan, penunggang motosikal itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar lepak bersama rakan-rakannya.
"Salah satu kampus swasta di Jagakarsa. Mereka berjiran," katanya.
Pihak polis bersama ketua kampung segera menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.
"Perkara itu diuruskan oleh ketua kampung di Polis Cilandak dan diselesaikan secara aman," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram