Masjid kena serang, 30 maut semasa solat maghrib


  • Benua
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Saksi mengatakan letupan itu dilancarkan oleh seorang pengebom berani mati. — Agensi

SEBUAH masjid di Kabul, Afghanistan meletup ketika solat Maghrib sedang didirikan sehingga mengorbankan 30 jemaah dan 40 yang lain cedera pada Khamis.

Saksi mengatakan letupan itu dilancarkan oleh seorang pengebom berani mati.

Mangsa yang maut termasuk ustaz terkenal, Amir Mohammad Kabali.

Sebelum ini, Taliban menjelaskan mereka mempunyai kawalan penuh ke atas Afghanistan, tetapi kumpulan Daesh terus melancarkan serangan ke atas orang awam dan polis di seluruh negara.

Sehingga kini, belum ada mana-mana kumpulan penyerang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram