SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun dikhuatiri lemas setelah perahu yang dinaikinya bersama-sama bapa, ibu dan seorang adiknya karam selepas terlanggar sebuah tongkang.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 9.00 pagi Jumaat berhampiran jeti batu di seberang Pekan Kapit, Sarawak.