SEBUAH bas persiaran membawa rombongan jemaah haji terlibat dalam kemalangan maut di Indonesia pada awal pagi, Jumaat.
Bas dari Rembang itu bertembung dengan sebuah lagi bas mini yang menggunakan nombor pendaftaran K 8999 EM di jalan nasional Blora-Cepu, Jawa Tengah, Indonesia.
Dalam kejadian itu, pemandu bas mini maut di tempat kejadian, manakala kumpulan jemaah haji yang menaiki bas dengan nombor plat K 7088 CM, terselamat.
Ketua Unit Trafik Polis Blora, Ipda Sigit Hari Wibowo, mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, jenazah mangsa yang terlibat sudah dikebumikan oleh keluarganya manakala kumpulan jemaah haji itu selamat pulang ke Rembang.
Menurutnya, kejadian itu bermula apabila bas mini itu bertembung dari arah bertentangan dengan bas persiaran berkenaan.
Kemalangan yang berlaku di Jalan Jenderal Sudirman, Desa Bangkle, Blora itu kini dalam pengendalian Unit Trafik Polis Blora. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram