TERTEKAN kerana dibuli oleh rakan-rakan, seorang kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai initial F dilaporkan mengalami kemurungan sehingga meninggal dunia.
Kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut mengalami depresi kerana sering dipaksa rakan-rakannya untuk bersetubuh dengan kucing.
Bukan itu sahaja, aksi persetubuhan tersebut dirakam oleh teman-temanya menggunakan telefon bimbit dan rakaman tersebut disebarkan.
Ekoran daripada penyebaran video tersebut, F menjadi malu lalu mengasingkan diri daripada orang sekeliling.
Mengikut ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai initial T, 39, sikap anaknya itu berubah menjadi sering mengelamun serta tidak makan dan minum.
Kanak-kanak tersebut akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika di rawat di sebuah hospital tempatan.
"Sebelum kejadian rakaman tersebut, mangsa mengakui bahawa dia sering dipukul oleh rakannya dan dipaksa melakukan aksi terkutuk tersebut bersama kucing.
"Keluarga perlaku telah memohon maaf kepada kami. Saya cuma berharap perkara ini tidak berlaku pada anak-anak kecil yang lain.
Sementara itu, Ketua Komisi Perlindungan Anak Wilayah Indonesia (KPAID), Ato Rinanto, mengesahkan kejadian buli itu mengakibatkan kematian mangsa.
“Saya menerima maklumat, kemudian terus ke rumah mangsa bersama polis dan memberikan bantuan terapi psikologi untuk keluarga mangsa.
“Betul, menurut keluarga mangsa, kanak-kanak berusia 11 tahun ini dibuli sehingga tertekan dan kemudian meninggal dunia ketika merakam paksaan tidak senonoh itu.
Ato turut menegaskan pihaknya akan memproses undang-undang berkaitan kejadian itu agar kes serupa tidak berulang pada masa akan datang.
“Kami juga akan memproses laluan undang-undang supaya kejadian ini tidak berulang,” kata Ato. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram