Ada rekod seludup senjata, suami isteri ditahan bawa 45 pistol cecah lebih RM125,000


  • Benua
  • Jumaat, 15 Jul 2022

Pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan balistik terhadap pistol yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi. — Agensi

DUA rakyat India yang membawa 45 pucuk pistol ditahan oleh pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi pada 10 Julai lalu, demikian menurut laporan Indian Express pada Khamis.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada senjata itu palsu atau tidak.

Bagaimanapun, Unit antikeganasan Pengawal Keselamatan Negara (NSG) yang menyiasat kes itu melaporkan bahawa senjata itu tidak kelihatan palsu.

"Laporan balistik masih belum selesai, namun unit antikeganasan elit memeriksa senjata itu dan mengesahkan ia berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan dengan peluru berkaliber .22," kata pegawai kastam.

delhi-guns-

Senjata ini berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan dengan peluru berkaliber .22. — Agensi

Dalam laporan awal, NSG mengesahkan bahawa senjata itu berfungsi sepenuhnya, kata seorang pegawai kastam seperti dipetik oleh agensi berita PTI.

Kedua-dua yang ditahan dikenali sebagai Jagjit Singh, 41 dan Jaswinder Kaur, 31 yang merupakan pasangan suami isteri.

Pasangan itu kembali ke India dari Ho Chi Minh City, Vietnam bersama seorang bayi perempuan yang merupakan anak mereka pada 10 Julai lalu.

Jagjit ditangkap bersama pistol dalam dua beg troli yang diberikan oleh saudara lelakinya, Manjit Singh, yang mendarat dari Paris, Perancis pada hari sama.

"Senjata pelbagai jenama itu bernilai 2.25 juta rupee (RM125,267)," kata kastam Delhi.

Semasa disoal siasat, pasangan itu mendakwa mereka diberitahu bahawa sah untuk mendapatkan pistol dari luar negara dan menjualnya di India.

"Mereka sebelum ini pernah menyeludup 25 senjata api bernilai 1.25 juta rupee (RM69,606), kata pegawai itu lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram