126 penumpang cemas pesawat terbakar sebaik mendarat di Miami


  • Benua
  • Rabu, 22 Jun 2022

Sebuah pesawat yang membawa 126 penumpang terbakar sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. — Agensi

SEBUAH pesawat yang membawa 126 penumpang terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Menurut Jabatan Penerbangan Miami-Dade, Greg Chin berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan peralatan pendaratan kapal terbang tersebut.

Ketika pesawat Red Air, tiba di Lapangan Terbang gear pendaratan tiba-tiba "rosak", kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan. Isu dengan gear pendaratan menyebabkan pesawat itu mengalami kebakaran.

Tiga penumpang pesawat Red Air yang tiba dari Santo Domingo, Republik Dominika itu juga dilaporkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke terminal lapangan terbang menggunakan bas.

Tiga jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Miami-Dade dikerah dalam usaha pemadaman api. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram