Kecoh luar stadium, 2 penyokong maut sebelum perlawanan mula


  • Benua
  • Sabtu, 18 Jun 2022

Dua penyokong yang meninggal dunia ialah Ahmad Solihin (kiri) dan Sopiana Yusup (kanan). — Agensi

KEMENANGAN 3-1 pasukan Persib Bandung selepas melayan kunjungan Persebaya Surabaya bertukar sejarah hitam apabila dua penyokong tuan rumah meninggal dunia.

Dua penyokong ataupun dikenali sebagai bobotoh di Indonesia dilaporkan maut sewaktu kekecohan yang berlaku sebelum perlawanan Persib Bandung menentang Persebaya Surabaya dimulakan pada Jumaat.

Salah satu khabar berita itu dilaporkan oleh akaun Twitter seorang penyokong iaitu pengguna, Bobotoh Cisitu @CisituBoys sejurus sahaja perlawanan tamat.

“Innalillahi, Khabarnya ada dua bobotoh meninggal dunia akibat kekecohan yang berlaku di luar pintu depan U dan V. Semoga Husnul Khatimah,” tulis akaun tersebut.

Bagaimanapun, akaun itu berkata, ia masih menunggu kenyataan rasmi berhubung maklumat ini.

"Masih menunggu kenyataan rasmi. Dan bagi mereka yang berada di stadium, jaga diri baik-baik. Balik dalam keadaan baik-baik," katanya.

Ciapan tersebut turut mendapat banyak komen daripada netizen dan salah seorang pengguns Twitter tampil mengesahkan berita itu.

“Memang ada dua orang yang meninggal sebelum perlawan bola sepak dimulakan,” tulis akaun @irfanapma11.

Sebelum ini, perlawanan Persib Bandung menentang Persebaya memang diwarnai kekacauan di kawasan stadium.

Akibat kekecohan itu, pintu orang kenamaan (VVIP) dilaporkan pecah akibat penyokong menyerbu masuk secara serentak.

Selepas kejadian itu dibicarakan oleh warganet, Persib Bandung juga mengeluarkan kenyataan rasmi selepas dua penyokong meninggal dunia menjelang perlawanan perlawanan kedua Kumpulan C Piala Presiden 2022 itu.

Pengurusan Persib Bandung sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi mencari punca kejadian tersebut.

Dalam pada itu, dalam portal Okenews menyatakan pengguna akaun Instagram @masperdipersib mendedahkan dua penyokong itu ialah Ahmad Solihin dan Sopiana Yusup. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram