14 maut dalam insiden kebakaran depoh kontena


  • Benua
  • Ahad, 05 Jun 2022

Kebakaran depoh kontena itu dapat dilihat beberapa kilometer dari lokasi kejadian. — Agensi

KEBAKARAN besar berlaku di sebuah depoh kontena persendirian di wilayah Chattogram tenggara Bangladesh pada Sabtu, membunuh 14 orang dan mencederakan 187 orang lagi.

SM Rashidul Haque, Penguasa Polis (SP) daerah Chattogram, yang terletak kira-kira 242 km tenggara ibu kota Dhaka, memberitahu Xinhua pada Ahad bahawa 14 orang meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Chattogram.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat melecur teruk di badan mereka.

Kebanyakan mangsa mengalami lecur ringan hingga teruk, dan keadaan kesihatan beberapa mangsa yang lain juga kritikal.

Bangladesh Dalam

187 mangsa mengalami lecur ringan hingga teruk, dan keadaan kesihatan beberapa mangsa yang lain juga kritikal. — Agensi

Seorang pegawai bomba berkata, sebanyak 16 unit pemadam kebakaran berusaha memadamkan kebakaran yang bermula pada 8.00 malam waktu tempatan di BM Container Depot Ltd, sebuah syarikat gabungan Belanda-Bangladesh.

Beliau berkata, kebakaran berlaku di kawasan kontena yang terletak di Sitakunda di pinggir bandar pelabuhan utama Chattogram di Bangladesh.

Menurut maklumat awal, kebakaran berlaku di sebuah kontena yang sarat dengan bahan kimia di perkarangan depoh itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bangladesh, Kebakaran, Maut, Cedera, Kontena, Bomba, Polis