Tragedi pesawat terhempas di Nepal: Percutian terakhir pasangan bercerai bersama 2 anak


  • Benua
  • Isnin, 30 Mei 2022

Sepasukan pendaki bersiap sedia untuk berlepas untuk operasi menyelamat, di Kathmandu, Nepal pada Ahad. — Agensi

AKTIVITI percutian tahunan keluarga bertukar tragedi buat sepasang bekas suami isteri yang maut bersama dua anak mereka dalam insiden pesawat terhempas di Nepal pada Ahad.

Difahamkan pasangan yang sudah bercerai itu pergi bercuti bersama-sama atas perintah mahkamah.

Sepasang suami isteri dari India yang sudah bercerai dan dua anak mereka adalah antara 22 orang di dalam pesawat yang terhempas di Nepal pada Ahad.

Berdasarkan laporan media tempatan, wanita yang bernama Vaibhavi Bendre, 51 dan anak lelaki mereka Dhanush, 22, serta anak perempuan Ritika, 15 tinggal di Thane, India manakala bekas suaminya, Ashok Kumar Tripathi, 54 tinggal di Odisha,India, dalam perancangan untuk bercuti selama 10 hari ke Nepal ketika kejadian itu berlaku.

Inspektor Kanan balai polis Kapurbawdi, Uttam Sonavane berkata, selepas pasangan itu bercerai, anak-anak itu tinggal bersama Vaibhavi di bangunan Rustomjee Athena di Majiwada, Thane.

Vaibhavi bekerja di firma swasta di BKC, manakala Ashok tinggal di Bhubaneswar dan berkhimat di sebuah syarikat swasta.

"Selepas perceraian mereka, atas perintah mahkamah, mereka diarahkan supaya berkumpul selama 10 hari setiap tahun.

"Kali ini, mereka merancang perjalanan ke Nepal, tetapi kejadian malang ini berlaku," kata Sonavane.

Dia menambah bahawa Vaibhavi tinggal bersama ibunya yang sakit dan perlu menggunakan alat bantu pernafasan.

Katanya lagi, kakak Vaibhavi yang menjaga ibu mereka semasa ketiadaannya terkejut dengan tragedi itu dan tidak banyak bercakap dengan media.

Sebuah pesawat kecil dengan 22 penumpang hilang dalam cuaca mendung di Nepal pada Ahad dan pihak berkuasa menangguhkan pencarian di kawasan sukar pada waktu malam.

Pesawat itu berlepas dari bandar pelancongan Pokhara dan menuju ke Jomsom, Nepal yang merupakan destinasi pelancongan dan ziarah popular.

Serpihan pesawat yang terbakar telah dikesan walaupun nasib 22 di dalamnya tidak diketahui, kata pegawai Nepal di tengah-tengah operasi mencari di sana. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram