Kebakaran hospital akibat litar pintas ragut nyawa 11 bayi baru lahir


  • Benua
  • Khamis, 26 Mei 2022

Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

PRESIDEN Senegal, Macky Sall berkata pada hari Rabu bahawa 11 bayi yang baru lahir maut dalam kebakaran di bahagian neonatal sebuah hospital wilayah di bandar Tivaouane, sekitar 120 km timur ibu kota Dakar, Senegal.

"Saya baru sahaja mengetahui berita sedih tentang kematian 11 bayi yang baru lahir dalam kebakaran yang berlaku di jabatan neonatologi hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane," kata Sall dalam ciapan di Twitter tanpa memberikan butiran lanjut mengenai kebakaran itu.

"Kepada ibu dan keluarga mangsa, saya merakamkan rasa simpati yang mendalam," tambah Sall, yang sedang dalam lawatan negara di Angola.

Menteri kesihatan Senegal, Abdoulaye Diouf Sarr, berkata bahawa, "menurut siasatan awal, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas."

Sarr, yang menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva berkata, dia akan segera segera kembali ke Senegal.

Sementara itu, Datuk bandar Tivaouane, Demba Diop Sy berkata, polis dan bomba masih berada di hospital, tetapi masih belum mendedahkan butiran lanjut berhubung kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram