Abramovich diracun ketika rundingan damai


  • Benua
  • Selasa, 29 Mac 2022

ABRAMOVICH serta dua lagi perunding yang turut diracun mengalami gejala seperti mata merah dan berair serta kulit menggelupas di bahagian muka dan tangan. — Reuters

BILIONAIR Rusia yang merupakan perunding Rusia dalam krisis Ukraine, Roman Abramovich dilaporkan telah diracun ketika rundingan damai di sempadan Ukraine-Belarus awal bulan ini.

Bekas pemilik kelab bola sepak England, Chelsea itu dipercayai diracun, bersama-sama dua perunding kanan Ukraine, sebagai usaha untuk mensabotaj rundingan damai.

Menurut sumber, mereka mengalami gejala seperti mata merah dan berair serta kulit menggelupas di bahagian muka dan tangan.

Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak bagaimanapun tidak mengesahkan kejadian itu.

“Semua anggota pasukan rundingan bekerja seperti biasa. Terdapat banyak spekulasi mengenai maklumat dalam media dan pelbagai teori konspirasi," katanya seperti dilaporkan AFP.

Terdapat laporan mendakwa bahawa insiden itu didalangi oleh kumpulan tegar Rusia yang mahu mensabotaj rundingan.

Keadaan Abramovich serta perunding lain yang turut diracun dilaporkan semakin baik sejak kejadian itu.

Seorang penyiasat dari kumpulan wartawan penyiasatan, Bellingcat memberitahu bahawa insiden itu tidak bertujuan untuk membunuh tetapi hanya sebagai amaran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram