Batu gergasi berdiri teguh meskipun dilanda gempa bumi


  • Benua
  • Khamis, 24 Mac 2022

BATU Luh tetap berdiri teguh walaupun gempa bumi melanda. — Agensi

PELIK tetapi benar. Itu yang terjadi kepada sebuah batu gergasi yang tetap berdiri teguh meskipun gempa bumi kuat pernah melanda Desa Cikangkareng, Cibinong, dekat Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

Batu yang dikenali sebagai Batu Luh itu tidak berganjak dari tempat asalnya ketika gempa bumi berukuran 7.3 skala Richter pada 2009 lalu.

Media antarabangsa melaporkan, sehingga kini tiada siapa yang mengetahui sejak bila batu berdiameter 15 meter itu berdiri kukuh.

Malah pemeriksaan lanjut mendapati batu itu tidak ikat dengan tali atau disimen untuk menjadikannya kukuh.

Batu Luh dikatakan telah wujud sejak kawasan itu masih hutan dan belum dibangunkan.

Disebabkan kewujudannya, kampung yang menempatkan batu itu dipanggil Kampung Batu Luh atau Batu Teduh.

Pada 2009, gempa bumi menggegarkan Jawa Barat termasuk Cianjur, mengorbankan 79 nyawa dan menyebabkan 1,250 orang cedera.

Selain itu, seramai 210,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas kawasan yang mereka diami rosak teruk akibat bencana itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Batu Luh, gempa bumi, teguh, Jawa Barat