Petani dirempuh kereta api dalam perjalanan ke masjid


  • Benua
  • Jumaat, 18 Mac 2022

MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Jombang dengan menaiki ambulans. — Agensi

SEORANG petani warga emas maut akibat dirempuh kereta api ketika melintasi landasan berkembar selepas dikatakan terburu-buru ke masjid.

Mangsa dikenali sebagai Akhmad Kalim, 55, dikatakan tergesa-gesa menyeberangi landasan kereta api di Kampung Segodorejo di daerah Sumobito, Jawa Timur, Indonesia, gara-gara hendak mahu cepat sampai ke masjid bagi menunaikan solat Asar dalam kejadian pada Khamis.

“Mangsa maut di tempat kejadian dengan kecederaan agak parah di kepala dan tangan,” kata pengawal palang pintu, Saiful Amin kepada pemberita di tempat kejadian seperti dipetik IDN Times.

Menurut Saiful Amin, mangsa diseret kira-kira 50 meter yang mengakibatkan motosikal ditungganginya juga hancur berkecai.

“Ketika itu mangsa ingin ke masjid untuk bersolat. Ya, mungkin dia dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke masjid,” katanya.

Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada Polis Sumodito Jombang sebelum mayat mangsa dibawa ke Hospital Jombang menggunakan ambulans. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram