Kanak-kanak lima tahun hilang dibawa arus sungai


  • Benua
  • Jumaat, 18 Mac 2022

KAWASAN kejadian kanak-kanak dibawa arus sungai di Jakarta Timur pada Khamis. — Agensi

SEORANG kanak-kanak dilaporkan hilang selepas dibawa arus sungai di Kramat Jati, Jakarta Timur, Indonesia pada Khamis.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.45 malam ketika mangsa berusia 5 tahun bermain di sungai berkenaan.

Ketua Bomba di Jakarta Timur, Gatot Sulaimat berkata, pihaknya masih melakukan operasi pencarian mangsa.

"Ya, masih mencari," katanya ringkas kepada pemberita.

Gatot berkata, saksi melihat mangsa bermain di sungai itu sebelum dia dilaporkan hanyut.

"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa bermain di sungai itu bersama adik-beradiknya ketika keadaan air deras dan mangsa dibawa arus," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram