Warga emas tergamak bunuh kanak-kanak enam tahun kerana curi gula-gula


  • Benua
  • Khamis, 10 Mac 2022

POLIS mengesahkan penahanan Gwatirenda yang merupakan suspek utama kematian seorang kanak-kanak terbabit. — Agensi

SEORANG warga emas ditahan polis Republik Zimbabwe selepas disyaki sebagai suspek utama kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dicekik kerana mencuri gula-gula di Desa Runoza, Chivi, Zimbabwe pada 4 Mac 2022.

Aphios Gwatirenda, 71, disyaki menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit apabila suspek dipercayai mencekiknya sehingga meninggal dunia selepas mengejar dan menangkap mangsa yang cuba melarikan diri.

Jurucakap polis, Asisten Komissioner Paul Nyathi memberitahu, semasa kejadian, mangsa bersama tiga adik-beradiknya mencuri gula-gula di kedai runcit milik suspek.

'Polis mengesahkan penahanan Gwatirenda yang merupakan suspek utama kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

"Mangsa bersama adik-beradik berusia antara 10 hingga 12 tahun pergi ke kedai milik suspek dan bertindak mencuri gula-gula sebelum mengejar dan menangkap kemudian mencekik mangsa sehingga mati," katanya dalam satu kenyataan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram