Penduduk China tolak ada anak, pilih bela haiwan


  • Benua
  • Selasa, 01 Feb 2022

MASYARAT di China lebih selesa pelihara haiwan berbanding miliki anak.

PIHAK berkuasa China menggesa rakyatnya untuk menambah bilangan anak bagi mengekang kadar kelahiran negara yang merudum namun rata-rata penduduk memilih untuk menjadi 'ibu bapa' kepada haiwan peliharaan.

Sama seperti masyarakat di barat, golongan milenium di China dilihat menjauhkan diri dari mempunyai anak disebabkan faktor harga rumah serta kos penjagaan anak yang tinggi.

Dari 2015 hingga 2020, pasaran haiwan peliharaan di China meningkat empat kali ganda, kepada hampir 300 bilion yuan (lebih RM197 bilion) daripada 72.5 bilion (lebih RM47 bilion), menurut iResearch.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, sektor ini dijangka berkembang pada kadar tahunan kompaun sebanyak 14 peratus mencecah 445.6 bilion yuan (lebih RM293 bilion) pada 2023.

Antara petanda yang menunjukkan bahawa masyarakat di China menolak untuk memilik anak adalah apabila Nestle di China melaporkan penurunan jualan susu formula bayi untuk sembilan bulan pertama 2021.

Perniagaan makanan haiwan peliharaan, Purina, bagaimanapun dilihat semakin berkembang dengan laporan menyebut 88 peratus pemilik merupakan golongan wanita.

Golongan tersebut merupakan wanita bujang, berpendidikan tinggi dan dari generasi selepas 90-an. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

anak, China, haiwan peliharaan, kos, tinggi, susu, rumah, makanan