Kucing punca lebih 100 rumah terbakar


  • Benua
  • Selasa, 04 Jan 2022

KUCING penyebab 107 kebakaran kediaman di Korea Selatan berlaku antara Januari 2019 sehingga November 2021.

PEMILIK kucing di Korea Selatan dinasihatkan untuk mencabut palam dapur elektrik mereka semasa tidak digunakan, berikutan lebih 100 kebakaran rumah yang berlaku berkaitan dengan kucing dalam tempoh tiga tahun lepas.

Kucing menyebabkan 107 kebakaran kediaman di ibu negara itu berlaku antara Januari 2019 sehingga November 2021.

Menurut Jabatan Bomba dan Pengurusan Bencana Metropolitan Seoul, haiwan itu dipercayai telah memulakan kebakaran selepas menghidupkan dapur elektrik di dapur dengan tapak tangan.

Menurut jabatan itu, kebakaran rumah berkaitan haiwan peliharaan semakin meningkat di Seoul dan majoriti kejadian berlaku semasa pemilik haiwan peliharaan berada di luar.

Kenyataan itu menasihatkan, pemilik haiwan peliharaan harus mengeluarkan bahan mudah terbakar dari dapur sekeliling, seperti tuala kertas, untuk mengelakkan bencana.

Dalam pada itu, kejadian melibatkan haiwan peliharaan itu turut berlaku di Amerika Syarikat yang mana haiwan peliharaan membakar harta benda.

Menurut statistik dari Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan, haiwan peliharaan itu bertanggungjawab untuk hampir 1,000 kebakaran rumah setiap tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram