Bapa suspek utama bunuh pasangan kembar 11 tahun


  • Benua
  • Isnin, 24 Jan 2022

PASUKAN keselamatan mengawasi kawasan taman permainan di Greenridge Crescent, lokasi mangsa disyaki dibunuh. — The Strait Times

SEORANG lelaki berusia 48 tahun ditahan pihak polis pada Ahad kerana disyaki terlibat dalam kematian dua anak kembar lelakinya berusia 11 tahun.

Kedua-dua mangsa ditemui mati dekat taman permainan di Greenridge Crescent, Upper Bukit Timah, Singapura pada petang Jumaat (21 Januari).

Dalam kejadian itu, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta bantuan kira-kira pukul 6.25 petang di taman permainan di Upper Bukit Timah itu.

"Apabila polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua kanak-kanak itu bersama lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan dekat taman permainan berkenaan," lapor The Strait Times.

picture1_0

SEBAHAGIAN ahli keluarga melakukan upacara sembahyang di kawasan mayat ditemui. — The Strait Times

Pasangan kembar itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis kemudian mengambil tindakan susulan ke atas semua kemungkinan dan menjalankan siasatan sepanjang masa sebelum akhirnya menangkap bapa kandung kepada saudara kembar itu.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (24 Januari) atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302(1) Kanun Keseksaan 1871.

Kesalahan itu membawa hukuman mati. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram