Minyak masak peket murah, penduduk serbu pasar mini hingga habis stok


  • Benua
  • Jumaat, 21 Jan 2022

HARGA jualan minyak masak peket di Indonesia ketika ini ialah 14 ribu rupiah seliter bersamaan RM4.00.

HARGA jualan minyak masak sepeket 1 liter diturunkan oleh kerajaan Indonesia kepada 14 ribu rupiah (RM4.00) seliter untuk jualan di pasar raya atau pasar mini di negara itu.

Berdasarkan laporan dari KompasTV, terdapat beberapa pasar mini di kawasan Sukabumi, Jawa Barat telah kehabisan stok minyak masak susulan orang ramai berpusu-pusu masuk sejak petang Khamis.

Harga jualan minyak masak peket di Indonesia ketika ini ialah 14 ribu rupiah seliter bersamaan RM4.00.

Bagaimanapun, pengurus pasar mini mengehadkan penjualan minyak masak itu sebanyak 2 liter bagi setiap orang dengan harga 28 ribu rupiah (RM9.00).

Beberapa laporan menyebut kebanyakan pasar mini di Sukabumi sudah kehabisan stok bahan mentah itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

minyak masak, peket, Indonesia, harga