
KEBIASAANNYA, orang akan menunggu lama untuk makanan mereka disiapkan namun berbeza dengan sebuah restoran di Mexico yang mencipta rekod menakjubkan apabila mampu menyiapkan tempahan pelanggan dalam tempoh hanya 13.5 saat.
Karne Garibaldi adalah restoran popular di Guadalajara meraih pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai perkhidmatan makanan terpantas di dunia sejak 1996 lagi.
Semuanya bermula apabila pelayan bersaing sesama mereka menyediakan makanan paling pantas untuk pelanggan pada 13.5 saat atau paling lama seminit sejak 25 tahun lalu.
Para pelayan di Karne Garibaldi menyediakan menu penuh hanya dalam 13.5 saat pada 31 Ogos 1996, sekali gus mencatat rekod dunia yang kekal sehingga hari ini.
Makanan tradisional Mexico yang disajikan di restoran itu memerlukan masa memasak berjam-jam, jadi hidangan akan disediakan banyak sebelum restoran dibuka
Menurut laporan timesnownews.com, disebabkan restoran itu mencatatkan Rekod Dunia Guinness, perkara itu telah menarik pelancong dari seluruh Mexico, Amerika Syarikat dan Eropah.
Oleh itu, Karne Garibaldi tidak boleh membiarkan standard perkhidmatannya menjadi buruk dan kakitangan dilatih untuk berkomunikasi dengan isyarat tangan untuk memastikan semuanya cepat.
Pekerja baru akan bermula di belakang bar atau mencuci pinggan sehingga mereka bersedia untuk berkhidmat mengambil pesanan pelanggan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram