Cuba leraikan pergaduhan, polis cedera dibelasah


  • Benua
  • Isnin, 03 Jan 2022

SEORANG anggota polis dibelasah sekumpulan orang awam di Jalan Ende, Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia. — Gambar Hiasan

SEORANG anggota polis Indonesia dibelasah sekumpulan orang awam di Jalan Ende, Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Kejadian berlaku selepas polis itu cuba meleraikan pergaduhan yang terjadi di lokasi itu pada Sabtu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, Dwi Prasetyo Wibowo berkata, ketika kejadian, mangsa yang bernama Bripda Rio sedang makan di warung bersama rakannya.

Melihat ada kekecohan antara penduduk, Bripda cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.

Namun, niat baik Bripda disalah erti sehingga menyebabkan dia dibelasah teruk.

"Bripda berniat baik untuk campur tangan, sebaliknya dia pula menjadi mangsa,” kata Dwi.

Kecederaan mangsa belum diketahui sepenuhnya dan proses siasatan sedang dijalankan pihak polis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, polis, dibelasah, orang awam, pergaduhan