KEJADIAN runtuhan lombong emas di Kordofan Barat, selatan Sudan menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh pada Selasa.
Pengurus Besar Sudanese Mineral Resources Company Limited dalam satu kenyataan melaporkan, 38 pelombong maut dalam runtuhan lombong Umm Draisaya, Sudan.
Lombong emas berkenaan terletak berhampiran bandar El Nuhud di Kordofan Barat, kira-kira 500 km dari ibu negara Sudan, Khartoum.
"Kerajaan Negeri dan jawatankuasa keselamatan negeri sebelum ini memutuskan untuk menutup lombong berkenaan dengan alasan tidak sesuai untuk aktiviti perlombongan, menurut syarikat itu.
Bagaimanapun, pelombong masih bekerja di lombong itu walaupun keputusan dibuat, katanya," katanya.
Kira-kira 2 juta rakyat Sudan bekerja dalam industri perlombongan tradisional termasuk di Laut Merah, Nahr al-Neel, Kordofan Selatan, Kordofan Barat dan Utara.
Menurut statistik rasmi, perlombongan tradisional menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah pengeluaran emas di Sudan, dengan melebihi 93 tan setahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
