POLIS Las Vegas dikejutkan dengan penemuan kepala terputus dalam trak suspek yang dikehendaki atas tuduhan mencuri dan melakukan penyelewengan.
Menurut Las Vegas Review-Journal, Eric Holland dikehendaki atas tuduhan mencuri identiti, melakukan penyelewengan dan kecurian melebihi RM14,652.75 serta menggunakan cek palsu apabila dia ditahan oleh Polis Metropolitan berhampiran Rio Hotel dan Kasino All-Suite, Las Vegas, Amerika Syarikat sekitar jam 3.42 petang pada hari Khamis.
Holland, 57, cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi unit udara Jabatan Polis Metropolitan berjaya mengekorinya dan melihat Holland menukar trak.
Polis cuba menahan trak tersebut tetapi Holland melarikan diri sekali lagi sebelum akhirnya dikesan di sebuah pangsapuri berhampiran blok 4200, Rochelle Avenue.
Dia didakwa melemparkan sesuatu ke arah pegawai polis sebelum berjaya ditangkap dan dibawa ke Pusat Tahanan Daerah Clarke.
Ketika polis menggeledah trak yang dipandu Holland, mereka menemui mayat manusia yang mengerikan termasuk kepala yang terputus di dalam sebuah peti sejuk beku.
Unit Pembunuhan Jabatan Polis Metropolitan kini sedang melakukan siasatan terhadap Holland.
Tiada maklumat lanjut mengenai mangsa dan motif pembunuhan.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram