Pengawal tertidur, aksi pencuri motosikal dirakam CCTV


  • Benua
  • Isnin, 27 Dis 2021

AKSI pencuri motosikal di kawasan parkir sebuah hotel di Indonesia berjaya dirakam CCTV. — Agensi

AKSI tiga pencuri yang mencuri dua buah motosikal berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di hotel De Paris, Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Ketika kejadian, salah seorang pencuri mengambil kesempatan masuk ke kawasan parkir motosikal sewaktu pengawal keselamatan hotel itu tertidur semasa bertugas.

Pencuri itu berjaya melarikan sebuah motosikal dan keluar dari hotel bersama dua lagi rakannya.

Tidak lama kemudian, penjenayah itu kembali sekali lagi dan mencuri sebuah motosikal yang lain.

Salah seorang daripada tiga penjenayah berjaya ditangkap dan didapati memiliki rekod jenayah lampau.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Muhammad Firdaus berkata, polis masih memburu dua lagi penjenayah yang identitinya sudah diketahui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, pencuri, motosikal, parkir, hotel