Dunia perlu bekerjasama dengan Afghanistan


  • Benua
  • Jumaat, 24 Dis 2021

SEORANG anggota Taliban memeriksa dokumen orang di sebuah pos pemeriksaan di Kabul, Afghanistan pada Khamis. — AFP

BEKAS Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyeru masyarakat antarabangsa supaya bekerjasama dengan Taliban.

Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan CNN baru-baru ini.

Jelas Hamid, 'dunia perlu bekerjasama dengan Taliban'.

"Realitinya Taliban kini menjadi pihak berkuasa de-facto di negara itu, jadi mereka perlu bekerjasama dengan mereka untuk membolehkan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat Afghanistan," katanya.

Hamid juga mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru-baru ini membenarkan bayaran bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan walaupun terdapat sekatan. Resolusi yang dicadangkan Amerika Syarikat itu diluluskan sebulat suara pada Rabu.

Taliban mengambil alih Afghanistan pada Ogos, menamatkan kehadiran tentera AS dan NATO selama bertahun-tahun yang turut menyaksikan pengunduran Presiden Ashraf Ghani. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AS, Afghanistan, Taliban