SEORANG lelaki dituduh membunuh anak saudaranya berusia 9 tahun di Sikka, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Aloisius Lada berusia 38 tahun, dilaporkan membunuh anak saudaranya Veronica yang berusia 9 tahun pada 14 Disember lalu.
Setelah membunuh anak saudaranya, Aloisius telah bersembunyi di dalam hutan selama seminggu.
Namun, dia akhirnya keluar dari hutan kerana lapar. Dia kemudiannya ditangkap polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis.
Polis kini sedang menyiasat motif di sebalik pembunuhan mangsa.
Pembunuhan itu berlaku apabila mangsa pergi ke rumah neneknya.
Setelah itu, pelaku telah membawa mangsa ke kebun dan membunuhnya di situ. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram