Fakta tentang Polio yang perlu anda tahu


  • Sihat
  • Rabu, 08 Dis 2021

VIRUS polio akan hidup dan membiak dalam saluran penghadaman, kemudian menyerang sistem saraf. — Agensi

SELAIN Covid-1, negara luar seperti di benua Afrika juga berdepan dengan penyakit bawaan virus seperti Polio.

Penyakit ini menyerang sistem saraf dan mudah berjangkit terutama pada bayi yang belum diberi vaksin polio.

Walaupun penyakit ini jarang dilaporkan di Malaysia, perku diketahui bahawa mereka yang dijangkiti boleh mengalami simptom seperti kesukaran bernafas, lumpuh, dan juga kematian.

Bagaimanapun, tidak ramai penghidap polio terlambat menyedari bahawa mereka dijangkiti penyakit tersebut.

Tidak hairanlah, kerana gangguan kesihatan ini jarang menyebabkan gejala. Meskipun ramai yang dijangkiti merupakan kanak-kanak kecil yang belum diimunisasi.

Polio juga boleh dijangkiti pada wanita hamil dan orang yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Cara jangkitan

Jangkitan polio boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan makanan, najis, atau air daripada orang yang pernah dijangkiti penyakit itu sebelum ini.

Selepas memasuki badan, virus itu akan hidup dan membiak dalam saluran penghadaman, kemudian menyerang sistem saraf. Jadi, seboleh-bolehnya elakkan bersentuhan terus dengan penghidap atau objek yang telah tercemar.

Gejala Polio yang perlu diketahui

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini menunjukkan simptom dalam bentuk demam, lemah, badan mudah letih, loya dan muntah, sakit kepala, dan kejang leher.

Kira-kira, 1 dalam 200 kanak-kanak yang dijangkiti virus ini mengalami kelumpuhan saraf dari bahagian badan yang terjejas secara langsung.

Lumpuh ini tidak boleh dirawat dan kekal seumur hidup jika ia berlaku.

Cegah dengan vaksin

Penyelidikan dan pengesanan lanjut menunjukkan bahawa virus ini berasal dari Nigeria.

Vaksinasi polio amat digalakkan kerana selagi virus ini masih ada, jangkitan masih boleh berlaku, jadi tindakan balas dan pencegahan perlu dilakukan lebih awal.

Terdapat dua jenis imunisasi polio yang diberikan kepada kanak-kanak iaitu vaksin suntikan dan titisan yang diberikan melalui mulut.

Vaksin ini diberikan selepas bayi dilahirkan (umur 0 bulan), kerana bayi mudah dijangkiti penyakit ini.

Seterusnya ialah apabila usia bayi mencecah 2 bulan, 4 bulan, dan 6 bulan.

Kemudian, ulangi pemberian itu semula apabila anak berumur 18 hingga 24 bulan dan pada usia 5 tahun.

Kesan sampingan vaksin Polio

Vaksin polio diisytiharkan selamat untuk diberikan kepada bayi.

Walaupun begitu, jarang berlaku cirit-birit ringan dan demam selepas bayi diberi vaksin.

Pemberian vaksin ini sangat penting, memandangkan penularan polio yang cepat. Sekiranya berlaku kelewatan dalam vaksin, teruskan dengan melihat sejarah pemberian vaksin sebelum ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polio, vaksin, saraf, bayi, lumpuh, kematian