BEKAS pekerja itu memberitahu polis bahawa dokumen yang dipadamkan adalah miliknya. — Agensi
SEORANG lelaki bertindak memadam 20 fail penting daripada akaun Google Drive syarikatnya di Singapura selepas dia menghantar surat letak jawatan susulan dirinya dipecat dengan notis 24 jam.
Ekoran itu, Tan Wei Chiang berumur 30 tahun, didenda S$5,000 (RM15,474.36) oleh mahkamah pada Selasa, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.
Pada 4 Januari 2021, dia yang merupakan pengurus pengeluaran di syarikat pengeluaran daging itu menghantar surat meletak jawatan yang tertakluk notis 30 hari seperti diperuntukkan di bawah perjanjian pekerjaan.
Bagaimanapun pada 12 Januari 2021, penyelianya menyerahkan surat pemecatan, memaklumkan perkhidmatan Tan ditamatkan dengan notis sehari mengambil kira prestasi kerjanya tidak memenuhi sasaran syarikat dan membayar gaji prorata pada akhir Januari 2021 kepada Tan.
Selepas dia menandatangani surat dan menerimanya, penyelia terbabit mengarahkan Tan untuk menyerahkan semua projek, akaun syarikat, dokumen dan maklumat berkaitan namun Tan didakwa mengakses Google Drive yang menyimpan fail syarikat.
"Dia didakwa memindahkan 20 fail ke dalam 'Bin' dan kemudian memadamkan 16 daripadanya.
"Penyelia wanita terbabit menghubungi Tan selepas gagal menemui 20 dokumen itu dan bertanya sama ada Tan sengaja memadamkannya," kata agensi.
Penyelia tersebut meminta kakitangan teknologi maklumat syarikat untuk memeriksa log akaun Tan dan dimaklumkan Tan memadamkan semua fail berkenaan pada hari kejadian.
Walaupun syarikat itu berjaya menyelamatkan 16 dokumen tapi gagal menemui empat lagi dokumen dan syarikat itu menolak gaji tertunggak Tan sebanyak S$1,500 (RM4,641.19) sebagai ganti rugi atas kejadian itu.
Dalam soal siasat, Tan memberitahu polis bahawa dokumen yang dipadamkan adalah miliknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram