SEKURANG-KURANGNYA 31 orang lemas apabila sebuah bas dalam perjalanan ke majlis perkahwinan dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang Sungai Enziu di Kenya pada Ahad.
Menurut agensi berita Khmer Times, memetik laporan media tempatan, Gabenor Daerah, Kitui Charity Ngilu berkata, pemandu bas berkenaan cuba meredah Sungai Enziu yang mengalir deras, kira-kira 200 kilometer dari timur ibu negara, Nairobi apabila kenderaan itu tiba-tiba terbalik dan tenggelam.
Ngilu berkata, 31 mayat sudah ditemui setakat ini semasa usaha menyelamat.
"Seramai 12 orang berjaya menyelamatkan diri daripada lemas, termasuk empat kanak-kanak.
"Ia benar-benar menyedihkan. Kita kehilangan banyak nyawa, " tambah Ngilu.
Ngilu berkata, usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah itu tetapi menjangkakan jumlah kematian mungkin bertambah.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram