Virus Omicron sudah wujud di Belanda sebelum Afrika Selatan


  • Benua
  • Rabu, 01 Dis 2021

PIHAK berkuasa Belanda kini sedang melakukan pengesanan kontak berhubung dua dua kes varian Omicron itu. — Agensi

VARIAN Omicron sebenarnya sudah lama ada di Belanda sebelum Afrika Selatan menghebahkan kewujudannnya di negara itu kepada dunia, kata pihak berkuasa Belanda pada Selasa.

Perkara itu turut disahkan sebuah institut kesihatan awam negara itu yang dikenali sebagai RIVM dan ketuanya, Aura Timen.

Menurut institut itu, varian tersebut ditemui dalam dua sampel iaitu pada 19 November dan 23 November 2021.

"Salah seorang penghidapnya tidak mempunyai sejarah perjalanan.

"Berdasarkan penemuan sampel itu, dipercayai varian Omicron sudah tersebar di Belanda," katanya.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa Belanda diberitahu mengenai dua kes tersebut dan kini sedang melakukan pengesanan kontak.

Tambahnya lagi, salah seorang daripada dua yang dijangkiti dengan varian itu telah melawat selatan Afrika.

"Dua kes tersebut juga lebih awal ditemui berbanding kes seorang individu yang disahkan dijangkiti dengan varian Omicron baru-baru ini.

"Individu itu disahkan dijangkiti varian tersebut selepas dia dipercayai tergolong dalam kluster penumpang dari Afrika Selatan yang tiba di Amsterdam pada Jumaat," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

omicron, belanda, afrika selatan, sampel, kontak