MESEJ tular yang mendakwa varian Covid-19 Omicron telah dikesan di negeri Perak adalah tidak benar.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan pada Selasa menafikan dakwaan itu dan berkata tiada sebarang kes varian Omicron dikesan di Malaysia setakat ini.
Kenyataan dari KKM
Varian baharu itu pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) muncul di Afrika Selatan pada 24 November lalu.
Selain itu, ia turut dikesan di beberapa negara lain termasuk Belgium, Hong Kong, Britain, Jerman, Itali dan Israel.
Varian baharu itu dilaporkan mempunyai 32 mutasi 'spike' protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan ledakan kes Covid-19 di India. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram