Perokok semakin 'pupus'


  • Benua
  • Khamis, 18 Nov 2021

Jumlah perokok di dunia dijangka akan terus berkurangan menjelang 2025. — Gambar hiasan/Agensi

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jumlah perokok dunia semakin bekurangan kepada 1.3 bilion berbanding 1.32 bilion pada dua tahun sebelumnya.

WHO berkata, jumlah itu dijangka akan terus berkurangan kepada 1.27 bilion menjelang 2005.

"Bagaimanapun perjalanan kita masih jauh, dan syarikat tembakau akan terus menggunakan pelbagai helah untuk mempertahankan keuntungan daripada perusahaan mereka," katanya.

Dalam pada itu, WHO memaklumkan yang penggunaan tembakau telah membunuh lebih lapan juta orang perokok setiap tahun.

Manakala sebanyak 1.2 juta terbunuh disebabkan terdedah kepada asap rokok.

Laporan sama turut memuji 60 negara yang komited mengurangkan penggunaan tembakau hingga 30 peratus antara 2010 hingga 2025, berbanding dua tahun lalu ketika WHO mengeluarkan laporan hanya 32 negara menyatakan komitmen itu.

Walaupun jumlah itu semakin berkurangan, menurut laporan itu, ia tidak merangkumi pengguna rokok elektronik, yang mana kira-kira 36.7 peratus daripada semua lelaki dan 7.8 peratus wanita dunia masih menggunakan produk tembakau tahun lalu.

Lebih membimbangkan, ia menyatakan seramai 38 juta remaja berusia antara 13 dan 15 juga menggunakan tembakau. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Benua, WHO, Perokok, Dunia