Thailand tak layak terima resipi rahsia pil antivirus Covid-19


  • Benua
  • Rabu, 17 Nov 2021

THAILAND gagal mendapatkan resipi rahsia Pfizer bagi pil antivirus Paxloid Covid-19. — Agensi

THAILAND tidak layak menerima resipi rahsia Pfizer bagi pil antivirus Paxloid Covid-19, kerana negara berpendapatan sederhana hingga tinggi, kata Jabatan Perkhidmatan Perubatan dalam satu kenyataan.

Kenyataan pada Rabu itu dibuat selepas Pfizer mengumumkan akan mengedarkan resipi pil antivirus Covid-19 ke 95, namun tidak menyebut mana-mana negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan itu, Dr Somsak Akksilp berkata, Thailand akan menerima pil antivirus lebih cepat berbanding negara yang layak menerima resipi itu kerana kerajaan negara itu telah bekerjasama dengan Pfizer.

“Thailand akan berunding dengan Pfizer dalam usaha mendapatkan resipi Paxlovid,” katanya.

Katanya, agensi bawah kementerian kewangan Thailand akan mengadakan mesyuarat pada Khamis bagi mempertimbangkan perolehan pil antivirus Covid-19 Molnupiravir.

"Kami menjangkakan untuk menandatangani kontrak perolehan menjelang minggu depan," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Thailand, Paxloid Covid-19, Pfizer, virus