Thailand lulus RUU sijil vaksinasi Covid-19 digital


  • Benua
  • Jumaat, 29 Okt 2021

Charnvirakul memberitahu sebanyak 102 organisasi diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 itu. — Agensi

THAILAND meluluskan rang undang-undang untuk sijil vaksinasi Covid-19 digital yang dijangka dilancarkan pada November.

Perkara itu dinyatakan Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan negara itu yang turut memberitahu pemohon untuk sijil elektronik tersebut perlu membayar 50 baht (RM6.24) setiap keluaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul, sebanyak 102 organisasi diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 termasuk Jabatan Kawalan Penyakit, pejabat kesihatan awam wilayah dan hospital.

"Lebih 40,000 orang telah memohon sijil itu.

"Buat masa ini hanya berapa organisasi terpilih sahaja akan mengeluarkan sijil digital itu pada bulan depan sebelum ia diperluaskan kepada kemudahan lain," katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya turut mentakrifkan semula kategori mereka yang berisiko tinggi mempunyai kontak dengan kes Covid-19 di dalam penerbangan.

Katanya, pihak jawatankuasa turut memutuskan untuk memendekkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari.

Tempoh itu akan dikenakan untuk mereka lengkap divaksin yang berisiko tinggi sebagai kontak. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram