'Drone taxi' bakal menjadi perkhidmatan pengangkutan awam


  • Benua
  • Jumaat, 12 Nov 2021

PERKHIDTMATAN itu dapat mengurangkan masa perjalanan untuk jarak antara 30km hingga 50km daripada sejam dengan kereta kepada 20 minit melalui udara.— Reuters

KOREA Selatan mendahuli satu langkah ke hadapan dalam bidang penciptaan dan teknologi dengan memperkenalkan prototaip perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan dron.

Kementerian Pengangkutan negara itu menampilkan teknologi berkenaan di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul pada Khamis.

Dron itu adalah generasi baharu dalam sistem pengangkutan moden untuk masa hadapan.

Dikenali sebagai 'The Urban Air Mobility' (UAM), dron itu merupakan pengangkutan yang dicipta mesra alam dengan kuasa elektrik.

"Memandangkan UAM dijangka menjadi salah satu alat pengangkutan yang biasa digunakan oleh rakyat dalam kehidupan seharian, adalah sangat penting untuk kami menguji dan mencuba perkhidmatannya dalam pelbagai persekitaran," kata Menteri Pengangkutan Noh Hyeong-ouk dalam satu kenyataan ketika menghadiri demonstrasi tersebut.

Kementerian pengangkutan menganggarkan perkhidmatan sedemikian boleh mengurangkan masa perjalanan untuk jarak antara 30km hingga 50km daripada sejam dengan kereta kepada 20 minit melalui udara.

Korea Selatan merancang untuk mengkomersialkan pengunaan perkhidmatan mobiliti mesra alam itu pada 2025. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram