Korea Selatan longgar SOP penjarakan sosial untuk rancakkan ekonomi


  • Benua
  • Isnin, 01 Nov 2021

KERAJAAN Korea Selatan memberikan beberapa kelonggaran bermula pertengahan Oktober — Agensi

KOREA Selatan akan membenarkan perhimpunan sosial yang lebih besar dan menarik balik had waktu perniagaan di restoran bermula Isnin.

Perkara itu dilaksanakan kerajaan negara berkenaan sebagai langkah pertama ke arah memulihkan keadaan seperti normal (pre-pandemic normalcy).

Kawasan ibu kota berada di bawah arahan penjarakan sosial yang paling ketat di negara itu sebelum perintah berkurung dilaksanakan sejak Julai.

Bagaimnapun, susulan tekanan pandemik dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi, pihak kerajaan memberikan beberapa kelonggaran bermula pertengahan Oktober.

Antara kelonggaran yang diberikan adalah membenarkan perhimpunan sehingga lapan orang jika sekurang-kurangnya empat lengkap divaksin.

Bermula Isnin, had perhimpunan sosial persendirian di ibu negara, Seoul, dan kawasan metropolitan berhampiran dinaikkan kepada 10 orang dan 12 di wilayah lain, tidak kira sama ada peserta divaksin sepenuhnya atau tidak.

Restoran dan kedai kopi kini dibenarkan dibuka selama 24 jam, dan bukannya dihadkan operasi hingga pukul 10 malam.

Bagaimanapun, tempat hiburan berisiko tinggi seperti kelab malam perlu ditutup pada tengah malam.

Untuk menggunakan kemudahan sukan dalaman atau melawat pesakit di hospital, orang ramai mesti menunjukkan aplikasi telefon pintar atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam.

Ia bagi membuktikan bahawa mereka telah lengkap divaksin atau telah diuji memperoleh keputusan negatif Covid-19 dalam tempoh 48 jam.

Had perhimpunan politik dan acara sosial seperti pameran atau perkahwinan ditambah kepada maksimum 499 orang jika semua peserta telah divaksin sepenuhnya.

Perhimpunan lebih besar di acara sukan profesional turut dibenarkan.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum dan Presiden, Moon Jae-in, menyeru orang ramai untuk memanfaatkan kelonggraan uang diberikan untuk membantu pemilik perniagaan kecil. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram